Edited: Follow-up to this post. Click here. Jolene's call of action against the bus company as well as an upcoming petition.
Edited Edited: Click here and please do sign up for the petition, your action can help make a change.
********************
Kadang-kala, kena belog dalam BM juga lah, kalau tak, rasanya macam dah mensia-siakan sebelas tahun dalam hidup untuk mempelajari sesuatu dan akhirnya, tidak menggunakan dengan sepenuhnya. Baik, hari ni, aku nak cakap mengenai kes hari minggu lepas, sebab banyak diantara korang yang tanya kenapa aku dapat online (atas-garis?). Para pembaca sekalian, mempersilakan, hasil dari perkembangan teknologi yang makin hari makin pesat (tidak perlu teruja sangat sebab ini bukanlah sesuatu yang baru, Malaysia pun ada) ...
Ini adalah Modem USB cucuk & main yang memberi kebebasan kepada para pengguna untuk online di mana-mana sahaja.
Modem ini cuma memerlukan kad SIM 3G seperti yang digunakan dalam telefon bimbit anda untuk menwujudkan talian yang boleh mencecah kelajuan 3.6Mbps, bergantung pada pakej yang diambil jugalah. Tetapi, lokasi pengguna juga memainkan satu peranan yang penting pada kestabilan talian yang diwujudkan. Ini kerana, berdasarkan pengalaman sendiri, tiada sebarang masalah yang dihadapi sewaktu menggunakannya di CBD tetapi yang sama tidak boleh dikatakan di kawasan luar bandar (Yew Tee), terus jadi cacat.
Disebabkan ini adalah harta syarikat, jadi saya malas nak membuat sebarang aduan. Biar saya berterus-terang dengan kamu semua, rasanya saya tidak akan memilih produk ini disebabkan tahap kepuasan yang amat rendah, benci! Saya tak berapa kisah kalau lambat sahaja, tapi secara keseluruhannya, talian yang langsung tidak stabil ini harus dipersoalkan. Membuat saya teringatkan streamyx.
Sampai disini sajalah kali ini, nak siapkan kerja dan keluar untuk makan tengah-hari dah. Yang akan berbelog dalam BM lagi, jed.
5 comments:
Saudara Jed,
Saya setuju dengan kamu. Sokong seratus-peratus apa yang kamu cakapkan. Alat dan perkhidmatan yang diberikan oleh M1 tu hanya boleh dikatakan sebagai "tahi".
Hubugan talian dia lebih teruk daripada modem 56Kbps dari Punggol. Kekadang saya rasa nak bakar saja alat tu.
Saudara pelintas jalan yang tidak mematuhi undang-undang,
Amatlah sayang sekiranya anda membakar alat ini sebegitu sahaja. Lebih baik kalau mengambil alat ini untuk berjumpa dengan orang-orang dari M1, lepas itu baling terus ke kepala otak diaorang.
Tahukah saudara Jed bahawa 40% M1 dimiliki oleh TM?
Inilah punca masalah yang kita hadapi ke?
Wah.. Saya tidak tahu benda macam ini sehingga Saudara Jed memblogkan perkara ini.
Terima kasih atas perkongsian Saudara.
Yang benar,
Saudari ahSesat
[jaywalker] yang ni, memang saya tak berapa pasti.
[ahsesat] sama-sama. tapi yang ini cuma berlaku di singapura sahaja, sebab M1 adalah syarikat di sana.
Post a Comment